----------------------------------------------------------------------------------
Okay sekarang baru aku rasa cukup bersedia.Penuhkan energy zahir dan batin (BATIN ??) dulu baru boleh tulis isu sensitif ini.
Tak pasal aku jadi lagi femes dari Fahrin Ahmad dan Linda Onn pulak.
"Blogger disaman 38juta kerana mengisukan isu sensitif Cikgu Sekolah"
Headline muka depan surat khabar Metro esok.
Kalah article "Makhluk aneh separuh anjing separuh paus tersadai di Kuala Kedah"
Kesian pulak journalist2 mengarut nanti x dapat cari makan sebab kes saman aku saja.
Susah betul kalau femes nanti.Huh.
OK Sambung topik.
Setiap cikgu mesti ada trend mencari duit sampingan.
Kalau kau setakat nak jual kuih or barang2 Cosway dan Avon, x payah lah.
Kalau ikut Blog Sembang Kencang, cikgu sekarang trend jual Crocs.
Ini cerita aku-1999:
Dulu masa aku sekolah rendah, aku rajin terlupa bawak buku.
Setiap hari ada saja subject yg aku lupa.OK fine, bukan terlupa.Memang saja tak bawak.
Dah kalau beg sekolah berat dari tuan, jangan harap nak bawak.
Kalau bawak jugak, perghh, sekarang konfem aku wakil Malaysia dalam sukan angkat berat Wanita bawah 18.
Bukannya bina lemak dan buat bisnes jual lemak kat rumah macam sekarang.
Bentuk Dendaan Sekolah Rendah 1999:
Kali pertama aku tak bawak, kena tegur (cara baik)
Kali ke-2, kena tegur (cara kasar)
Kali ke-3, kena tegur (last warning)
Kali ke-4, kena berdiri
Kali ke-5, kena berdiri atas kerusi
Kali ke-6, kena berdiri atas meja (Kepala aku masih lekat dgn badan sampai sekarang. Alhamdulillah)
Kali ke-7, kena berdiri luar
Kali ke-8, kena tibai bontot. (Bontot aku masih hot sampai sekarang. Alhamdulillah)
Kali ke-9, Complete Whole Package.
Kali ke-10, sistem immune badan cikgu terhadap penyakit aku di-activate dgn otomatik.
Aku ada buat experiment selama seminggu persekolahan 2010 ni.Lab rat aku ofkos lah adik aku, Mimi budak skema umur 10 tahun.
Result pemerhatian:
Hari pertama tak bawak buku, Mimi balik sekolah muka penuh rilek dan cool.
Hari ke-2, Mimi balik muka maintain confident.
Hari ke-3, Mimi balik muka confident mula goyah dan resah.
Hari ke-4, Mimi balik dgn dahi kerut penuh macam The Rock.(Mula2 ingat Mimi dah period)
Hari ke-5, Mimi balik menangis2 tak dapat makan sambil perut betul2 dah mula ber-rock.
Sebab ? :
Hari pertama tak bawak buku, kena last warning siap2 takda tangguh2.Bagus betul.
Hari ke-2, bayar 20sen utk setiap buku yg tak bawak.
Hari ke-3, bayar 40sen utk setiap buku yg tak bawak.
Hari ke-4, bayar 60sen utk setiap buku yg tak bawak.
Hari ke-5, bayar 80sen utk setiap buku yg tak bawak.
Bagus betul sistem Cikgu zaman sekarang.First timer sudah kena last warning.
Rajin betul cikgu sekarang ikhlas hati sanggup ajar sampai 50 budak setiap kelas.
Letaklah 100 budak dlm satu kelas pon konfem lagi ikhlas hati dan semangat nak ajar.
Dalam sehari kalau setiap budak dalam kelas x bawak 3 buku, cukup buat alas lunch utk seminggu.
Cukup 10 hari dah boleh pergi umrah.
Patutlah cikgu2 sekarang baru umur 22 dah Haji dan Hajjah.
Senang hati Guru Besar tengok cikgu2 berdedikasi ni.
Ini lah nama nya Bijak Wang.
.....
....
...
..
.
.
.
P/S: Lahanat punya cikgu jenis apa makan duit budak2 ni.Habis hari2 aku kena belanja Mimi Mc Flurry sebab aku kesian tengok dia.Satu benda lagi aku musykil, malam2 lepas Mimi dah tidur, aku nampak makhluk Allah keluarkan satu dua buku dia dari beg.Kurang ajar betul.Dapat kat aku memang aku hentam.
Dah belanja Mc Flurry, kena ganti balik duit Mimi pulak. Rasa bersalah punya pasal.Ish ish.
Wednesday, February 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
guru..
kau umpama lilin yg membakar dirimu
bagi menerangi orang lain..
(baca secara bunyi sajak seskema mungkin)
fuhh amirul, u mesti dapat cikgu baik2 kan dlu ? agak2 klau dpt ckgu mcm adik i ni ada x nak baca sajak tu lagi ?
baca gak tapi sambil pegang pisau rambo..
oh ingatkan nak rembat parang ja
HAHAHAHA!!! dah kata dah, blog u mesti lawak.. :p
hee.thanks eddy.eh comment satu je ? x aci betul.:D
my dad cikgu..
haha..
ahbu: slalu kes ni jd kat cigu prempuan skolah rendah.
Post a Comment