بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرحيم

Saturday, May 22, 2010

Raya Cina tahun depan aku buat Tiger Show.

1700hrs, Baru celik mata after semalaman x dapat tidur tension masuk Wakenabeb. (??)

1900hrs, Aksi Sprint ke PC Depot beli Pendrive cz pendrive lama kena Virus Telan-Memory-Cilaka-Betul.

2000hrs, Ajar Mamak Nasmir sebut & maksud "Take Away". Sempat aku selit selit buat tarbiah "Kasi murah dkt Awek Cun". Gelabah pulak jawab fon bila ibu call.

2030hrs, gaduh dengan Kelam sebab seksa kelawar. Terer betul, badan mcm Garfield pon dapat cekup kelawar.
Kesian punya pasal aku park kereta luar porch rumah sebab Tongkoi (kelawat td dah ada nama) tengah nyawa2 ikan koi dkt tempat Parking Lamboi Gallardoi aku.


APA KAITAN?


Conversation aku dengan Ibu dekat Mamak's tadi:
IBU: Dekat mana ?

AKU: Dekat masjid tengah dengar Agenda Qiamullail esok malam.
IBU: Oh baguss.
AKU: Ada apa Ibu ? Eda nak sambung tarbiah depa, eh, nak sambung dengar tarbiah.
IBU: Takda, ibu balik lewat sikit.
AKU: Ibu kat mana ? Buatpa ?

IBU: Parit Buntar, Perak tengah dinner dengan Family.
AKU: *pelik sejak bila baik dengan Family sana ni?* .................CAISHH ! Dah jumpa Family Original tak bagitau !
IBU: hehehehehehe. CNY tahun depan kita buat Tiger Show ok ?
AKU: LION DANCE la Ibu.


Punca Kuasa Genetic Mata Sepet (tapi tah mcm mana aku dapat Genetic Jawa)

Family 1Malaysia: Melayu, Cina, Indian, British
Err, 1Dunia kah?
*sikit hari lagi Najib datang rumah aku panggil TV3 buat liputan khas

Tuesday, May 11, 2010

IRON MAN Curi Contact Lens Aku. Cilaka.

Weekend lepas aku dgn family ramai2 konvoi 5 biji Murano dan 2 Lambo Gallardo sambil buat muka jakun pergi tengok Iron Man 2.
Setakat Spectra buruk tu aku bagi Gardener Part time je pakai.
Dah sampai Jusco aku cepat2 pakai Aviator gelap sebelum jejak tanah.
Walalupun hari malam, aku buat hero
............. Cukup 2 langkah, aku simpan balik masuk handbag. DUH.
Sampai depan pintu Hall lewat 8 minit 23 saat. Mcm mana x lewat, susah betul bawak kereta mahal, nak tekan Lock pon kena serbu.
Jajan 'Teddy Hup Seng' peket besar dalam handbag aku bawak curi2.
RM3.40 kat 7E seberang jalan, tak mahal macam Popcorn.
Aku masuk Hall baru habis video bumi pusing2. So takda miss apa2.

TENGOK PUNYA TENGOK PUNYA TENGOK. (tak payah crita la kan mcm mana. konfem semua dah tengok)

Tengah khusyuk tengok Robert Downey Jr. bunuh orang dgn satu tumbuk, tiba2 mata aku pedih.
Hish, takkan lah sebab tak kelip mata dalam masa 1 jam 40 minit sebab terlebih teruja tengok Robert sampai sanggup tahan kencing dari awal cerita pon boleh pedih mata ?
Alaaah, leceh mcm ni kena mandi wajib la sebelum Isyak.
Laju laju aku kelip mata 2, 3kali tiba2 ......... AH SHIT !
*ah shit tiada kaitan dgn mana2 nama ahpek jual keranda dan batu nisan berdekatan rumah anda*
*juga tiada kaitan dgn bunyi ahmoi sebelah aku bersin sepanjang muvi*

Contact lense aku yang baru pakai seminggu dan ada tempoh lagi 2 bulan 3 minggu jatuh celah seat.

ROBERT DOWNEY JR., AKU NAK MINTA COMPENSATION ATAU AKU SAMAN KAU.
eh dia tak paham. Aku tak pandai sangat bahasa penjajah ni.

Encik Robert Downey Jr., be my sugardaddy and I'll drop all charges.
Senang.

OTW Jusco singgah kedai Accesory Kereta tukar wiper Gallardo

So ni sekeping dua gambar x seberapa.